Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W para sahabat dan Tabi’in Ajma’in kerana dengan limpah dan kurniaNya hasrat untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Al-quran At–Taqwa atau lebih dikenali sebagai AQWA akhirnya terlaksana.
Hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Maahad ini telah lama wujud. Alhamdulillah, berkat ketabahan, kesabaran,keyakinan dan azam yang tinggi untuk melahirkan generasi baru yang mampu untuk menegakkan kembali kalimah Allah dimuka bumi serta menghayati Sunnah Rasulullah, maka dengan izin Allah dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat,
Maahad ini berjaya ditubuhkan yang bertempat di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kg Kubu Gajah, Sg Buloh Selangor Darul Ehsan.
Sejarah Penubuhan AQWAMaahad ini secara rasmi di tubuhkan pada 14 mei 2008 iaitu dari hasil sumbangan ikhlas Tn Hj. Ali bin Jaafar yang telah mewakafkan bangunan serta sebidang tanah milik beliau di Lot 1855, Jalan Gajah 24, Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor untuk kegunaan pihak AQWA bagi menempatkan pelajar – pelajar tahfiz yang mendaftar. Pada mulanya maahad ini bertempat di Masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar, dan 4 orang tenaga pengajar.Tetapi pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Pelajar di maahad ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahfiz dan Pra- Tahfiz.
Objektif Penubuhan AQWA- Untuk melahirkan seberapa ramai para Hafiz yang benar–benar mahir dan faham mengenai fungsi dan kelebihan Al-Quran.
- Dapat menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dan turut memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu kifayah.
- Melahirkan insan bertaqwa, berakhlak mulia, serta sedia berkorban harta benda, jiwa dan raga untuk mengangkat kembali kalimah Allah S.W.T di muka bumi ini.
- Untuk melahirkan pemimpin masa depan yang dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat dengan mengembling tenaga dan ilmu yang dipelajari dan akhirnya dapat menegakkan kembali agama Islam.
- Untuk melahirkan dan menampung kekurangan para ilmuan dan Huffaz yang mampu memimpin masyarakat ke arah masyarakat yang cintakan ilmu, beriman dengan rukun iman dan Islam serta bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Piagam Pelanggan AQWAKami warga AQWA dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-
1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang dituntut oleh syarak'.
2. Memastikan anak didik AQWA menjadi insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat agama islam.
4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa / penjaga untuk bersama – sama mendidik generasi muda kearah cintakan agama Islam.
5. Memastikan maahad ini adalah sebuah institiusi ilmu yang peka dan prihatin terhadap perkembangan dan perubahan semasa.
6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan sebarang kesulitan samada dalam P & P dan keselesaan pelajar yang tinggal dan belajar di AQWA.
7. Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara Maahad dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang berkenaan.
Visi dan Misi AQWA- VISI :Melahirkan individu muslim yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, dinamik , dan diredhai Allah SWT.
- MISI :Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dengan meningkatkan potensi pelajar yang berpandukan Al-quran dan As-Sunnah dan demi memartabatkan ketuanan Islam.
Posted in:
Sejarah
on
at
at
8:00 AM